Minit Curai Klinik 1M 1S

                                                                     LOGO SEKOLAH

NAMA SEKOLAH 
 MINIT CURAI

Nama Guru
Tarikh
Perkara
: Klinik 1M 1S
Masa
Penganjur
Tempat
:

Laporan:
1)     Pembahagian Kumpulan dan Pengenalan Klinik 1M1S
-Aktiviti memilih permainan dan menamakan kumpulan.
-Diberi pendedahan mengenai 3 jenis permainan utama iaitu serangan, menjaring dan memadang.

 

2)    Diperkenalkan 3 aktiviti utama iaitu  Permainan Serangan, Permainan Menjaring, dan Permaianan Memadang.
2.1 Permainan Serangan
           Permainan berpasukan .  Dalam jangka masa yang tertentu, masuk ke dalam kawasan pihak lawan dan mengumpul mata
            Contoh: soccer, basketball, handball
2.1.1 Permainan Serangan-Tutup dan Buka
Setiap kumpulan 5 orang, kalau lebih main 2 kali
Piring plastik disusun secara sama rata setiap kumpulan, 20 piring disediakan.
(10 tutup, 10 buka; ahli kumpulan diagihkan sebagai kumpulan tutup/kumpulan buka)
Selepas wisel berbunyi, ahli kumpulan sibuk menutup/membuka piring.
Kumpulan yang paling banyak sama itu dikira menang.

2.1.2 Permainan Serangan-Volley Ball
Setiap kumpulan 5 orang, kalau lebih main 2 kali
1 biji bola disediakan, mula dengan rebut bola dan melontar ke musuh/sasaran,
Siapa yang terkena dikira kalah dan perlu beralih ke tempat musuh(belakang/trapped) untuk serangan balik.  Boleh melontar bola balik terhadap sasaran atau melontar kepada kawan untuk serangan balik. Apabila tiada alih dalam gelanggang, dan semuanya beralih di belakang tempat musuh(trapped) maka kumpulan itu akan dikira kalah.

2.1.3 Permainan Serangan-Rugby
-Setiap kumpulan 5 orang, kalau lebih main 2 kali
-Pundi kacang disediakan untuk semua pemain, bola rugby diletak di tengah garisan . Garisan dalaman juga ditentukan.
-Pemain gerakan bola rugby dengan melontar pundi kacang, sekiranya bola digerakkan ke garisan dalaman pihak musuh, maka kumpulan akan dikira menang.

2.2 Permainan Menjaring
2.2.1 Tenis
-Setiap kumpulan 3 orang, kalau lebih main 2 kali
-Cara mainan tenis, bola jatuh/tidak lepas jaring/tidak disambut dikira kalah.
-Semua pemain diberi peluang main/buka bola.

2.3 Permainan Padang
2.3.1 Baseball/ Soft Ball
-Setiap kumpulan 5 orang wakil; kumpulan 1 seorang pemain membuka bola baseball, 4 orang mengeliling bulatan(baseball area). Kumpulan 2/kumpulan musuh mengutip bola dan passing kepada ahli kumpulan dan teriak nama kumpulan selepas selesai.
-Kumpulan yang cepat dikira menang, biasanya pemain yang membuka bola dengan jauh akan menang.

3)    Pemakanan dan Nutrisi
-Taklimat cara pemakanan yang seimbang.
-Aktiviti susun piramid makanan dijalankan


4)    OVEP (Olympic value)
-Aktiviti memikirkan nilai yang patut ada pada Sukan Olimpik, dengan menjana idea serta menyediakan logo.

CATATAN/TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL:
Memaklumkan pihak sekolah, terutamanya guru PJK berkenaan dengan aktiviti 1M1S sebagai rujukan.
Menyediakan alatan yang perlu untuk kegunaan masa depan.
Menyediakan softcopy/hardcopy selepas Klinik 1M1S untuk rujukan sekolah.




Dilaporkan Oleh,



 _________________
NAMA ANDA

Comments

Popular posts from this blog

Spinning Top